Online Diary ✫ fiQa's bLog ✫: tIpS kAji diRi uNtuK jaDi yAng tErbaik~~

tIpS kAji diRi uNtuK jaDi yAng tErbaik~~

sBelum aqquh nk pegi stdy,aqquh kne berubah untuk jdi yg terbaik....dan ia bleh jdi cntoh pada owg2 laen..heee...insyaAllah...antarannya ialah.... (bnYak skit nOtA dya)


1. KENALI LAH DIRI KITA
Kenalilah siapa diri kita. Kaji apakah KEKURANGAN dan KELEBIHAN yang ada pada diri kita. Dari situ nanti kita akan mengenali diri kita.

2. SENARAIKAN APA YANG KITA SUKA TENTANG DIRI KITA
Kita sendiri yang tahu siapa kita. Kita boleh senaraikan apa sahaja yang tabiat, sikap kita yang disukai dalam SEHELAI KERTAS. Dari situ, kita dapat membangunkan diri & menghargai segala kelebihan & personaliti diri kita yang positif.

3. PERBAIKI DIRI
Kaji KELEMAHAN diri kita. Klasifikasikan semua kelemahan dari segi sifat, tabiat & tanggapan buruk diri kita. Dari situ kita boleh cuba perbaiki diri kita & mengikis kelemahan tersebut. Mungkin agak sukar untuk mengikis kelemahan diri & mungkin ianya mengambil masa yang lama. Tapi kita boleh lakukan sedikit demi sedikit untuk perubahan diri. PASTI BERJAYA!!!


4. CINTALAH & TERIMALAH DIRI KITA SEADANYA
Apa yang kita lakukan, capai & inginkan, semua tu adalah untuk diri kita. Oleh itu, JANGAN SESEKALI BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN. Ingatlah, SETIAP ORANG MEMPUNYAI KEKURANGAN & KELEBIHAN DIRI MASING-MASING. Tiada orang yang 'SEMPURNA'. Cuma pandai-pandailah kita mengatur perjalanan diri kita.

5. PERBAIKI PENAMPILAN & PERSONALITI DIRI
Jagalah penampilan diri kita LUARAN & DALAMAN. LUARAN tu meliputi penampilan dari segi pakaian, gaya rambut/ cara kita bertudung & penjagaan wajah kita (mekap). DALAMAN tu cam kebersihan hati, tingkah laku, pergaulan kita. HATI YANG BERSIH.. PENAMPILAN DIRI YANG CANTIK!! PASTI MENAMBAHKAN KEYAKINAN DIRI KITA.

6. JANGANLAH MENGONGKONG DIRI
Berilah kebebasan pada diri kita. Kadangkala, kita terlalu memaksa diri kita untuk mengejar sesuatu tanpa menghiraukan waktu kita untuk BEREHAT. Inilah menyebabkan diri menghadapi TEKANAN. Dan kadangkala kita terlalu kecewa apabila kita menghadapi KEGAGALAN. Jangan begitu, Jangan sampai diri kita tak boleh terima KEGAGALAN. Kegagalan itu kadangkala MENGAJAR KITA UNTUK BANGKIT MENCAPAI KAJAYAAN. 

7. JAGALAH DISIPLIN & KESABARAN DIRI
Kalau diri kita tak berdisplin, pastinya segala yang kita inginkan ada halangan & sukar dicapai. Jagalah kesabaran diri untuk mencapai kejayaan. Kalau diri kita ditegur sesuatu yang betul, JANGANLAH MUDAH MELENTING. Terimalah kesilapan & belajarlah dari kesilapan tersebut. Ingatlah, segala apa yang kita lakukan BERDOA & BERSERAH pada Yang Maha Esa. Moga2 apa yang kita lakukan diberkati... AMIN

diHaraP tIps2 diaTas nIeh bERgUna uNtuK aqquh n Owg2 laEn k... :)        cREdiT:  rAja & rATu
Terima kasih kerana sudi membaca entry Fiqa ^^

 
Copyright © . All Right Reserved by Farah Afiqah