Online Diary ✫ fiQa's bLog ✫: Resepi tomyam pekat dan sedappppp

Resepi tomyam pekat dan sedappppp

Assalamualaikum..

 Hari ni nak share resepi tomyam pekat dan sedapp....haha..memandangkan sekarang dah habis belajar diploma dan tengah goyang kaki je kan, so ayuhhh kita mengasahhh skill kita ni..haha.. Kebanyakkan aku belajar pelbagai resepi di dalam internet..terima kasih semua. :)
Jom kita teruskan dengan resepi tomyam pekatt and sedapp kita ni yee..haha..


Bahan-bahan: (Blender)

2 Ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
2 biji tomato
5-10 biji cili api + cili hidup (Ikut kepedasan masing-masing)

BLENDER BAHAN DI ATAS


Bahan-bahan basah (4 orang makan)

1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
5-8 biji cili padi  (Ikut kepedasan masing-masing)
2 sudu besar perencah tomyam
1 batang serai
1 ulas bawang besar
2 biji tomato
1 batang carrot  (Ikut sayur yang korang suka)
3-5 helai daun limau purut
Potongan ayam / daging
Udang
Sotong

Cara-Cara

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing. 
2. Masukkan kesemua bahan blender tadi dan perencah tomyam
3. kacau dan biarkan ia mendidih. bila dah mendidih, masukkan serai, daun limau purut dan cili padi
4. Masukkan ayam/daging dan sayur. Biarkan ia mendidih dan lembut.
5. Masukkan gula dan garam.
6. Lastly, masukkan potongan tomato dan bawang besar. 
7. Bila dah puas hati, boleh lah tutup api.

SIAP ..YEAHH :D

Akhir kata, memasak memang amat mencabar dan 'renyah'. Pabila hidangan kita siap dan menjadi, terus rasa semangat untuk memasak lagi.. PERCAYALAH..hihi

Selamat mencuba. Assalamualaikum  :)




Terima kasih kerana sudi membaca entry Fiqa ^^

1 comment:

najla mohayidin said...

nyumnyum dapnyeee.

fiqa jom join GA

http://najlamohayidin.blogspot.com/2014/07/giveaway-sulung-by-me-ramadan-mubarak.html

shawl rayaaaa weeee :D

 
Copyright © . All Right Reserved by Farah Afiqah